Peneraju Institusi TVET Yang Unggul

Antara objektif penubuhan kolej komuniti adalah :

1. Menyediakan laluan alternatif kepada pelajar lepasan menengah dan pelajar yang tercicir
daripada pendidikan formal untuk mengikuti latihan dan pengajian dalam bidang-bidang
teknikal dan vokasional termasuk perdagangan, pertanian, kesihatan dan lain-lain;

2. Menyediakan pendidikan seumur hidup kepada individu dan masyarakat setempat bagi
meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat;

3. Membolehkan syarikat-syarikat swasta menggunakan khidmat kolej komuniti untuk
memberi latihan pekerja mereka;

4. Mewujudkan kerjasama yang erat antara ahli masyarakat, kerajaan tempatan dan sektor
swasta bagi memajukan kawasan setempat;

5. Menyelaras latihan dan kemahiran yang disediakan pelbagai kementerian supaya dapat
memenuhi keperluan pasaran dan penduduk setempat;

6. Memberi peluang kepada masyarakat setempat untuk menggunakan kemudahan yang
disediakan oleh kolej komuniti; dan

7. Memberi khidmat nasihat/kaunseling kepada masyarakat setempat bagi mempertingkatkan
tahap pengetahuan dan perkembangan kerjaya mereka