Peneraju Institusi TVET Yang Unggul

Sijil Pengembaraan Pelancongan

Syarat Am Kemasukan:

  1. Warganegara Malaysia 
  2. Memiliki SPM atau setaraf 
  3. Lulus Bahasa Melayu 
  4. Lulus Sejarah (bagi SPM tahun 2013 ke atas)

Tempoh Pengajian: Empat semester

SINOPSIS Program ini direka untuk menyediakan pelajar dengan pengetahuan teknikal dan kemahiran dalam pengurusan pelancongan dan rekreasi. Pelajar dilatih secara khusus bagi mencapai standard kompetensi teknikal yang tinggi dalam bidang pengurusan dan operasi pelancongan pengembaraan, pelancongan rekreasi, asas pertolongan cemas, jualan serta pemasaran produk-produk pelancongan.

Sepanjang pembelajaran, pelajar akan didedahkan kepada semua aspek di dalam industri pelancongan seperti kemahiran tinggi dalam pengetahuan teknik-teknik pemandu pelancong, rekreasi terrestrial dan marin, pengurusan MICE dan acara, serta penyediaan bahan interpretasi pelawat. Kurikulum juga menekankan terhadap kompetensi yang berkaitan dengan komunikasi efektif, hubungan sesama manusia dan kepelbagaian budaya.